STATISTIK PENDUDUK


Berbanding dengan wajah lama Kampung Baru Batu 14 Puchong yang mundur dan terbiar, kini ia berwajah baru dengan dikelilingi pusat-pusat komersial dan taman-taman perumahan.

Mengikut catatan, kampung itu mempunyai 500 penduduk semasa ia ditubuhkan.

Pada tahun 1954, bilangan itu masih kekal. Jumlah itu telah bertambah menjadi 2802 menjelang tahun 1970.

Pada tahun 1995, ia mempunyai 6100 orang penduduk. Tetapi pada hari ini, jumlah penduduknya dijangka telah melebihi 20,000 orang.

Ini tidak termasuk pendatang asing yang ramai terdiri dari warga Indonesia, Bangladesh dan juga Afrika.