KEPERLUAN KEMUDAHAN


SISTEM PERPARITAN DINAIKTARAF
Ini adalah perlu kerana apabila hujan lebat menyebabkan parit sumbat dan mengakibatkan banjir kilat.


PEMBESARAN MASJID JAMEK BATU 14
Masjid ini merupakan masjid lama dan hanya dapat menampung lebih kurang 700 jemaah sahaja. Masjid ini perlu diperbesarkan bagi menampung pertambahan penduduk


PEMBESARAN JALAN UTAMA KG BATU 14
Terdapat hanya satu jalan utama di dalam Kampung Batu 14 ini. Jalan ini adalah laluan utama ke Bandar Bukit Puchong, Mutiara Indah dan Saujana Puchong. Jalan ini perlu diperbesarkan dan dinaiktaraf bagi menampung kenderaan yang lalu


TAPAK PERKUBURAN ISLAM DIPERBESARKAN
Tapak perkuburan yang sedia ada hampir penuh digunapakai dan keluasannya perlu ditambah


GELANGGANG SUKAN SEPERTI SEPAK TAKRAW
Kampung Batu 14 sendiri tidak mempunmyai tapak permainan atau gelanggan sukan awam. Ini adalah perlu demi kesejahteraan dan kesihatan penduduk .


MENYEDIAKAN PERUMAHAN KOS RENDAH 
Sistem perumahan di Kampung adalah tidak tersusun. Kedudukannya yang berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya menjadikan ia tempat yang suka didiami. Terdapat banyak kawasan perumahan disekitar seperti Bandar Bukit Puchong, Saujana Puchong , Puchong Utama dan lain-lain tetapi bernilai tinggi. Menyediakan perumahan kos rendah adalah perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
BEKALAN AIR
100% penduduk di Kampung Batu 14 menerima bekalan air daripada SYABAS

BEKALAN ELEKTRIK
100% penduduk di Kampung Batu 14 menerima bekalan elektrik dari TNB